Ekonomi Malaysia kekal kukuh, pertumbuhan 4.7 peratus walau dunia berdepan cabaran

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Malaysia terus mencatat prestasi ekonomi memberangsangkan apabila merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 4.7 peratus pada tahun lalu, meskipun dunia berdepan ketidaktentuan global dan pelbagai cabaran geopolitik.

Baginda menegaskan bahawa pencapaian itu turut disokong oleh kadar pengangguran dan inflasi yang kekal rendah, sekali gus mencerminkan kestabilan ekonomi domestik serta keberkesanan dasar pengurusan negara.

Menurut Baginda, antara petunjuk paling signifikan kejayaan tersebut ialah penurunan kemiskinan tegar ke paras 0.09 peratus, yang menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam melindungi kebajikan golongan rentan mula membuahkan hasil.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru agar momentum pertumbuhan ekonomi ini dimanfaatkan secara menyeluruh menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat dalam aspek pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.

Baginda turut mengingatkan bahawa kejayaan ekonomi tidak akan bermakna sekiranya tadbir urus yang baik dan integriti tidak dipelihara, sekali gus menekankan keperluan memastikan pertumbuhan negara bersifat mampan dan inklusif.

BACA JUGA:  Dewan Rakyat lulus RMK13 dengan undian suara
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...