Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan sebelum ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri sebelum merempuh lima kenderaan lain di Jalan Persiaran Damai Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian yang membabitkan enam kenderaan itu berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Menurutnya, kemalangan berpunca daripada lori berkenaan yang diparkir di bahu jalan dan ditinggalkan oleh pemandu sebelum ia tiba-tiba bergerak sendiri.

“Lori tersebut melanggar lima buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa kesemua pemandu dan penumpang yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd. Suod di talian 017-381 8422 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas serta memastikan kenderaan diparkir dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

BACA JUGA:  PU Riz dilantik Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...