‘Spiderman’ cedera terjatuh di Bukit Dinding

KUALA LUMPUR – Seorang pendaki lelaki yang mengenakan kostum watak adiwira Spiderman cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Dinding, di sini, petang semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5 petang.

Menurut APM, susulan laporan yang diterima, dua pasukan penyelamat termasuk unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat terpaksa mendaki sejauh kira-kira satu kilometer melalui laluan trek sebelum meneruskan pergerakan sejauh lebih kurang 70 meter di luar laluan utama untuk sampai ke mangsa,” menurut kenyataan itu.

APM memaklumkan, mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian sekitar 20 meter di kawasan berkecerunan kira-kira 75 darjah.

Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMS sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

BACA JUGA:  Semua 38 warga UUM terkandas di Hatyai berjaya diselamatkan - Zambry
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...