Remaja 15 tahun juara pertandingan memancing, raih RM500,000

KUALA LUMPUR – Baru berusia 15 tahun, seorang remaja mencuri tumpuan ramai selepas muncul juara pertandingan memancing Keli Kolam Den yang berlangsung semalam, sekali gus membawa pulang wang tunai hampir RM500,000.

Kejayaan luar jangka ini segera menjadi bualan netizen apabila pihak Kolam Den memuat naik ucapan tahniah di Facebook rasmi mereka.

“Tahniah diucapkan kepada adik muda juara RM500,000. Betul-betul rezeki durian runtuh. Terima kasih banyak kepada semua yang datang support. Meriah betul game hari ni. Apa pun jangan lupa ‘on next game’, lawan tempur habis-habisan,” menurut kenyataan itu.

Remaja yang masih bersekolah itu mengakui beliau belum pasti apa yang akan dilakukan dengan wang kemenangan berkenaan.

“Saya tak pasti lagi nak buat apa dengan duit tu. Saya serahkan pada mak dan ayah,” katanya ringkas.

Kematangan luar usia turut ditunjukkan oleh keluarganya apabila bapa remaja itu mengakui mereka masih terkejut dengan rezeki besar yang diterima dalam sekelip mata.

“Terus terang, memang tak terlintas lagi nak buat apa dengan duit itu,” ujarnya.

Beliau berharap wang kemenangan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin demi masa depan anaknya.

“Harap dapat dimanfaatkan dengan cara yang baik,” tambahnya.

Kisah remaja ini menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen menyifatkannya sebagai rezeki tidak diduga. Ramai mendoakan agar kemenangan besar itu menjadi permulaan kepada masa depan yang cerah buat juara muda tersebut.

BACA JUGA:  Pelakon popular disiasat polis, kes amang seksual terhadap remaja bawah umur
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...

Geng ‘cop parkir’ hilang kuasa, MBJB sita tong di tempat parkir

KUALA LUMPUR – Taktik ‘cop parkir’ menggunakan tong cat,...

“Terima kasih ‘tagged’ saya”, Asyraf Wajdi arah siasatan isu konvokesyen MARA

KUALA LUMPUR – Isu kekurangan tempat duduk bagi sesi...

Harga minyak naik lagi, diesel RM6.72, RON97 RM5.35 seliter

KUALA LUMPUR - Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh...