Strategi bisnes lain macam, peniaga nasi kerabu pamer ‘IC’ untuk buktikan ‘original’ Kelantan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang peniaga nasi kerabu mencetak gambar kad pengenalannya pada sepanduk atau banner di gerainya mencuri perhatian pengguna media sosial, khususnya di aplikasi Threads.

Perkara itu mula tular selepas seorang pengguna Threads dikenali sebagai Amirkhuzairi memuat naik gambar gerai berkenaan yang memaparkan kad pengenalan pemiliknya dalam saiz besar pada banner.

Menurutnya, tindakan tersebut dipercayai bertujuan membuktikan bahawa menu nasi kerabu yang dijual benar-benar berasal dari negeri Kelantan.

“Owner nasi kerabu ini betul nak bagitahu yang dia original Kelantan ke?” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Berdasarkan perkongsian itu, identiti pemilik gerai jelas dipaparkan pada sepanduk sebagai cara unik untuk meyakinkan pelanggan bahawa resipi yang digunakan adalah asli dari negeri Pantai Timur itu.

Walaupun lokasi tepat tidak dinyatakan, difahamkan gerai berkenaan beroperasi di sebuah bazar di kawasan Batu Kawan di negeri Pulau Pinang.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna memuji pendekatan peniaga tersebut yang dianggap jujur serta kreatif dalam mempromosikan makanan tradisional itu.

Seorang pengguna, Meamow_meamow, berkata tindakan itu mungkin bertujuan meyakinkan pelanggan tentang keaslian nasi kerabu yang dijual.

“Kadang-kadang gerai nasi kerabu dijaga oleh orang bukan Kelantan. Jadi mungkin acik ini bagi bukti besar supaya orang percaya nasi kerabu itu betul-betul asli dari Kelantan,” katanya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Frhnhzmi turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

Menurutnya, terdapat banyak peniaga yang mendakwa menjual nasi kerabu asli Kelantan walaupun rasanya tidak menepati cita rasa sebenar.

Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian warganet dengan ramai yang menyifatkan tindakan peniaga itu sebagai cara pemasaran yang unik dan menghiburkan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tragedi FRU: Pemandu lori bebas dengan jaminan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...