Sering dikecam ketika live, Fattah Amin nasihat netizen jaga kata-kata 

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Fattah Amin berharap orang ramai terutama pengguna media sosial agar lebih berhemah sebelum meninggalkan komen negatif terhadap dirinya dan isterinya ketika sesi siaran langsung di platform digital.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin berkata, ruang siaran langsung yang dibuat sepatutnya digunakan untuk berniaga serta berinteraksi dengan peminat, bukannya menjadi tempat untuk melemparkan kata-kata tidak wajar.

“Seperti berlaku baru-baru ini, ketika saya sedang membuat siaran langsung untuk menjual produk dan mencari rezeki, tiba-tiba muncul komen tidak sepatutnya.

“Kebanyakannya pula datang daripada akaun palsu. Jadi saya hanya menasihatkan mereka supaya faham tujuan siaran langsung tersebut.

“Ruang itu untuk berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan serta peminat, bukannya tempat menulis perkara buruk. Kalau mahu bercakap negatif, carilah ruang lain,” katanya.

Menurut pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu lagi, teguran tersebut dibuat secara terus terang agar mesejnya dapat difahami, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

“Dalam bulan Ramadan, sepatutnya kita menjaga kata-kata dan hanya menuturkan perkara baik.

“Ada masa kita perlu bercakap secara jelas. Kalau terlalu berkias, ada pula yang tidak faham maksud sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fattah turut mengingatkan masyarakat bahawa setiap perbuatan manusia tidak terlepas daripada pengawasan Tuhan, sekali gus menyeru semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

“Setiap perbuatan sebenarnya diperhatikan. Allah Maha Melihat. Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan setiap kata dilontarkan.

“Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kami juga terasa dengan kata-kata orang. Namun apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar,” katanya.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia sering menasihati isterinya, Amira Othman supaya tidak terlalu memikirkan komen negatif daripada segelintir individu tidak bertanggungjawab.

BACA JUGA:  'Saya tak pandai... tak layak ada kawan, muka macam lelaki... suara tak sedap', luah seorang murid kepada gurunya

Tambahnya, selagi mereka melakukan perkara baik dan tidak membalas kata-kata buruk dengan keburukan, itu sudah memadai, walaupun kadangkala perasaan tetap terusik. – MYBERITA

Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...