Lelaki cedera parah, dua kereta terbalik dalam kemalangan di hadapan sekolah

ALOR SETAR – Seorang lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Volkswagen Golf di hadapan Sekolah Menengah Agama Kedah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.39 malam itu, kedua-dua kenderaan berkenaan dilaporkan terbalik akibat perlanggaran tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.39 malam sebelum sebuah jentera bersama anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan dan seorang pemandu lelaki berusia 51 tahun didapati tersepit di dalam Perodua Aruz yang dipandunya.

“Bagaimanapun, mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Anggota bomba turut memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian sebelum mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kereta Volkswagen Golf pula, pemandunya seorang lelaki bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami kecederaan ringan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Lebih ramai dalam 'radar', perangi rasuah tanpa kompromi
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...