KUALA LUMPUR â Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Aqil Zulkiflee, berkongsi kegembiraannya selepas berjaya memiliki sebuah kereta mewah Toyota Alphard Executive Lounge.
Menerusi hantaran di Instagram, Aqil mengucapkan kesyukuran kerana dapat memandu kereta baru itu sempena sambutan Hari Raya tahun ini.
Dalam posting sama, Aqil turut menzahirkan ucapan hari lahir kepada anak perempuannya, Ayana Aqila, yang kini berusia enam tahun.
âAlhamdulilah dapat jugak beli Alphard Executive Lounge 2026. Happy birthday Ayana Aqila yang ke-6 bulan. Terima kasih sebab selalu teman papa sahur, meniaga, so tahun ni kita balik raya naik kereta baru yayyy. Nombor plate K sebab KAKUNG,â tulisnya.
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengikutnya, yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Aqil dan ucapan hari lahir buat Ayana Aqila.
Kereta mewah ini dijangka menjadi kenderaan rasmi keluarga Aqil untuk perjalanan balik kampung dan keperluan harian, menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini. – MYBERITA

