Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac, Sabtu.

Pengumuman tarikh 1 Syawal itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dan disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 21 Mac 2026,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang Khamis, 19 Mac, bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab dan jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara, antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; serta Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu, beberapa lokasi lain di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, dan Sabah turut terlibat, termasuk Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. – MYBERITA

BACA JUGA:  \"Saya reda dan halalkan susu yang saya bagi pada dia\"; - Ibu Aisar
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...