Kontena tercampak dari treler dipandu laju, nyaris ragut nyawa pengguna

KLANG – Tindakan memandu laju dipercayai menjadi punca sebuah haulier bersama muatan kontena tertanggal daripada treler dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan dipandu dalam keadaan laju sebelum haulier dan kontena tersebut tertanggal daripada kepala treler.

“Kontena berkenaan kemudiannya terjatuh ke laluan bawah, namun pemandu lain sempat memberhentikan kenderaan masing-masing dan mengelak pelanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan melibatkan kenderaan lain dilaporkan dalam insiden tersebut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Syahid Salahudin di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis turut menasihatkan pemandu kenderaan berat agar sentiasa mematuhi had laju dan memastikan muatan diikat dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. -MYBERITA

BACA JUGA:  Nahas Air India: Lebih 200 mayat ditemukan di lokasi pesawat terhempas
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...