“Kontena berkenaan kemudiannya terjatuh ke laluan bawah, namun pemandu lain sempat memberhentikan kenderaan masing-masing dan mengelak pelanggaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan melibatkan kenderaan lain dilaporkan dalam insiden tersebut.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Syahid Salahudin di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Pihak polis turut menasihatkan pemandu kenderaan berat agar sentiasa mematuhi had laju dan memastikan muatan diikat dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. -MYBERITA – MYBERITA








