Masih kenang jasa 4 tahun lalu, penjual nasi khao mok Thailand titip ucapan buat Khairul Aming

KUALA LUMPUR – Siapa sangka, gerai Nasi Khao Mok ini terus menjadi tumpuan pelancong Malaysia empat tahun selepas dikunjungi Khairul Aming. 

Peniaga tempatan di Hatyai, Songkhla, Thailand itu mengakui masih tidak dapat melupakan jasa pempengaruh popular itu yang menularkan gerainya sehingga menu jualannya melonjak populariti.

Menerusi satu perkongsian yang tular, pengguna dikenali sebagai Zaid Hamid, berkongsi pengalaman bertemu pemilik gerai tersebut yang meluahkan rasa terharu dan rindunya terhadap Khairul Aming.

“Mesej rindu untuk Khairul Aming. Akak ini ucap terima kasih sangat sebab pernah tularkan kedai dia empat tahun lepas. Sampai sekarang, rakyat Malaysia datang kedai ini,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Dalam video itu, peniaga kelihatan cukup terharu dan berharap Khairul Aming akan berkunjung semula ke gerainya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah berkunjung ke gerai itu turut sebulat suara menyatakan telah menerima layanan yang mesra dan masakan di gerai itu memang sedap.

Tidak ketinggalan, Khairul Aming sendiri turut memberi respons dengan meninggalkan emoji tanda terharu di ruangan komen. -MYBERITA

View on Threads
BACA JUGA:  Pak Nil murah hati, lima remaja terima duit raya RM50 seorang
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...