Menerusi satu perkongsian yang tular, pengguna dikenali sebagai Zaid Hamid, berkongsi pengalaman bertemu pemilik gerai tersebut yang meluahkan rasa terharu dan rindunya terhadap Khairul Aming.
“Mesej rindu untuk Khairul Aming. Akak ini ucap terima kasih sangat sebab pernah tularkan kedai dia empat tahun lepas. Sampai sekarang, rakyat Malaysia datang kedai ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video itu, peniaga kelihatan cukup terharu dan berharap Khairul Aming akan berkunjung semula ke gerainya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah berkunjung ke gerai itu turut sebulat suara menyatakan telah menerima layanan yang mesra dan masakan di gerai itu memang sedap.
Tidak ketinggalan, Khairul Aming sendiri turut memberi respons dengan meninggalkan emoji tanda terharu di ruangan komen. -MYBERITA – MYBERITA
View on Threads








