‘Princess’ baru dalam keluarga Siti Nurhaliza, Izara Aishah selamat bersalin anak ketiga

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Izara Aishah, selamat menimang cahaya mata ketiga pada hari Khamis, sekali gus menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga.

Berita gembira itu dikongsi oleh ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyifatkan kehadiran bayi perempuan baru itu sebagai “princess” tambahan dalam keluarga mereka.

“Alhamdulilah, bertambah lagi princess dalam keluarga kami. Masya’allah Tabarakallah,” tulisnya ringkas di media sosial.

Izara, yang berkahwin dengan Adib Khalid sejak 17 November 2017, kini mempunyai tiga cahaya mata perempuan termasuk Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2.

Siti Nurhaliza tidak berkongsi butiran lanjut mengenai ibu dan bayi, namun kehadiran bayi ketiga ini telah mencuri perhatian ramai peminat dan rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah kepada keluarga tersebut.

Untuk rekod, awal Februari lalu, berita kehamilan Izara dikongsikan menerusi hantaran jenama fesyen yang bekerjasama dengannya untuk koleksi Hari Raya.

Kini, keluarga ini kembali meraikan detik manis dengan kehadiran anggota baru mereka.

BACA JUGA:  Naim Daniel hanya fokus kepada \'well-being\' diri
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...