Pura-pura sesat, rupanya intai wang mangsa

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan susulan kejadian mencurigakan melibatkan individu dipercayai warga asing yang menggunakan helah bertanya arah sebelum cuba melihat dompet mangsa di kawasan Taman Johan Setia di sini, pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut tular selepas seorang pengguna media sosial, dikenali sebagai @syaz_shahh, berkongsi pengalamannya menyaksikan insiden melibatkan seorang warga emas yang sedang menunggang motosikal.

Menurutnya, sebuah kereta berwarna hitam secara tiba-tiba menahan warga emas berkenaan sebelum seorang lelaki dipercayai warga asing menghampiri mangsa dengan alasan mahu bertanya jalan ke Kuala Lumpur.

Namun, situasi bertukar mencurigakan apabila lelaki tersebut meminta mangsa mengeluarkan wang tunai kononnya untuk melihat rupa bentuk mata wang Ringgit Malaysia.

“Saya nampak pak cik itu keluarkan dompet dan lelaki itu memeriksa wang di dalamnya sebelum beredar. Bila ditanya, pak cik itu sendiri tidak mengenali individu tersebut,” katanya.

Walaupun wang mangsa dilaporkan masih tidak hilang, saksi meluahkan kebimbangan kemungkinan suspek sempat mengambil sebahagian wang atau menukarnya dengan wang palsu tanpa disedari.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila pengguna lain mendakwa pernah berdepan situasi sama, termasuk di kawasan hotel dan lokasi awam lain.

Seorang pengguna, Khairunkamilia, berkata individu terbabit menggunakan alasan mencari pengurup wang sebelum berkeras mahu melihat wang tunai milik mangsa.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Kynnaufal, mendakwa taktik tersebut pernah dikaitkan dengan unsur pukau yang menyebabkan mangsa tidak sedar wang mereka diambil.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali, terutama apabila melibatkan permintaan melihat wang tunai atau barangan peribadi.

Pihak berkuasa turut digesa meningkatkan pemantauan di kawasan tumpuan awam bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

BACA JUGA:  Ketua balai polis disyaki positif dadah kena tindakan tatatertib
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...