Sabtu, Jun 20, 2026
spot_img
HomeGAYA HIDUPNetizen nampak 'baby bump', Neelofa hamil anak ketiga?

Netizen nampak ‘baby bump’, Neelofa hamil anak ketiga?

KUALA LUMPUR – Perkongsian terbaharu usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa di Instagram mencetuskan pelbagai spekulasi apabila ramai netizen mendakwa melihat tanda-tanda kehamilan dalam beberapa foto yang dimuat naiknya.

Hantaran yang asalnya bertujuan mempromosikan pelancaran semula minuman berperisa pisang keluaran jenamanya selepas beberapa tahun tidak berada di pasaran itu bagaimanapun bertukar menjadi perbualan hangat mengenai kemungkinan Neelofa sedang hamil anak ketiga.

Menerusi foto-foto berkenaan, ramai pengikut memberi perhatian kepada penampilan fizikal selebriti berusia 37 tahun itu dan mendakwa terlihat bentuk perut yang seakan-akan ‘baby bump’.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka.

“Macam nampak baby bump, tahniah Neelofa kalau betul,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen pula berkata, “Alhamdulillah, kalau ada berita gembira memang kami turut tumpang bahagia.”

Selain itu, terdapat juga pengikut yang meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian sehingga mendapat pengesahan daripada tuan empunya badan.

Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang sedang tular dalam kalangan netizen itu.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada Mac 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img