Selasa, 11 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
Bisnes''Hilang semua sakit bila tengok my babies'' – Intan Najuwa syukur dikurnia...

”Hilang semua sakit bila tengok my babies” – Intan Najuwa syukur dikurnia dua puteri

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Intan Najuwa menyifatkan kehadiran dua cahaya mata perempuannya, Imane Lunara dan Imane Laudya, sebagai antara rahmat terbesar dalam hidupnya.

Intan, 28, berkata pengalaman bergelar ibu kepada dua anak menjadikan fasa selepas bersalin kali ini lebih bermakna, meskipun hasratnya untuk melahirkan anak kedua secara normal selepas pembedahan caesarean (VBAC) tidak dapat direalisasikan.

Menerusi perkongsian di Threads, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Ahmad Asraf Azman itu meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteri keduanya dalam keluarga mereka.

“Imane Lunara & Imane Laudya dua rahmat terbesar dalam hidup saya,” titipnya.

Menurut Intan, keputusan untuk menjalani pembedahan caesarean secara terancang dibuat selepas kandungannya menghampiri usia 40 minggu, namun kedudukan bayi tidak mengizinkan proses VBAC diteruskan.

“Kandungan sudah hampir cecah 40 minggu tapi posisi bayi tidak mengizinkan saya untuk melalui proses VBAC seperti yang saya harapkan.

“Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan elective C-section secepat yang mungkin, untuk memastikan bayi lahir dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui dirinya kini lebih kuat dan tenang melalui proses berpantang, selain berasa lebih bahagia apabila kedua-dua anaknya berada di depan mata.

“Melahirkan anak dan melalui fasa berpantang kali ini, saya rasa jauh lebih kuat dan gembira.

“Mungkin sebab saya sudah menjadi ibu kepada dua orang anak sekarang dan semua orang yang saya sayang ada di depan mata. Alhamdulillah untuk fasa hidup yang indah ini,” katanya.

Intan turut berkongsi bahawa segala kepayahan sepanjang proses bersalin seakan hilang apabila melihat kedua-dua puterinya.

“Hilang semua sakit bila tengok my babies,” katanya.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-