Selasa, 18 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
BelasungkawaPelajar PSIS maut motosikal rempuh lori rosak

Pelajar PSIS maut motosikal rempuh lori rosak

SEPANG – Seorang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan akibat mengalami kerosakan di Kilometer 37.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah utara dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Serenia, tengahari Ahad.

Mangsa, Muhamad Fadzly Md Rizal, 19, yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut sumber, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Sungai Besar, Selangor bagi menghadiri kelas pada keesokan harinya.

Difahamkan, adik mangsa sebelum itu menyedari abangnya tidak bergerak menerusi aplikasi jejak lokasi, sekali gus menimbulkan kebimbangan.

Berikutan itu, adik mangsa bersama ahli keluarga bergegas ke lokasi terakhir yang dikesan sebelum mendapati berlaku kemalangan di kawasan berkenaan.

Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa merempuh sebuah lori yang sedang berhenti di bahu jalan selepas mengalami kerosakan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-