Tragedi UPSI: Sultan Abdullah titah solat jenazah ghaib di seluruh negeri Pahang

KONGSI

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri ini untuk menganjurkan solat jenazah ghaib bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Gerik, Perak pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa baginda turut menitahkan agar bacaan Yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta berdoa agar negeri Pahang dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN