PTSB sambut 803 pelajar baharu, Minggu Transformasi Siswa jadi landasan pembentukan sahsiah

KULIM – Suasana penuh semangat dan harapan menyelubungi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) apabila seramai 803 pelajar baharu rasmi melangkah masuk ke institusi ini menerusi penganjuran Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi 1 2025/2026 yang berlangsung dengan jayanya.

Program orientasi itu bukan sekadar medan pengenalan kepada kehidupan kampus, malah menjadi platform penting membentuk nilai murni, jati diri serta kesiapsiagaan pelajar dalam mendepani cabaran dunia pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang kian mencabar.

Pengarah PTSB, Norlili Juwita Arshad dalam ucapannya menekankan kepentingan pelajar memulakan langkah dengan niat yang betul serta membudayakan adab sebagai asas kejayaan dalam pengajian dan kehidupan.

“PTSB bukan sekadar tempat menimba ilmu tetapi medan membentuk nilai, etika dan jati diri. Kuasai teknologi semasa seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Tambahan (AR), namun pastikan ia terus berpaksikan nilai insaniah dan tanggungjawab sosial,” tegas beliau.

Beliau turut menyeru para pelajar agar menjadi individu yang fleksibel dan berfikiran strategik demi merealisasikan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), selari dengan keperluan industri masa kini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) merangkap Pengerusi Jawatankuasa MTS, Norsyahidan Mohamad Yusof memaklumkan berlaku peningkatan ketara penyertaan dalam program Kejuruteraan, khususnya Mekanikal, Elektrik dan Awam.

“Peningkatan ini bukan sahaja signifikan dari segi statistik, malah menunjukkan kesedaran pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang teknikal dan kejuruteraan yang semakin meluas,” jelas beliau sambil merakamkan penghargaan kepada semua jawatankuasa pelaksana yang komited menjayakan MTS tahun ini.

MTS merupakan inisiatif penting dalam memperkenalkan pelajar kepada ekosistem pembelajaran di politeknik selain menyemai semangat perpaduan, integriti dan tanggungjawab sebagai produk TVET yang berdaya saing dan beretika.

BACA JUGA:  PSA terima 1,010 pelajar baharu, catat peningkatan pendaftaran 104 peratus
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...