‘Imej seksi’ ditegur, Daiyan Trisha akui masih perbaiki diri

KUALA LUMPUR – “Saya hanya manusia biasa yang sedang belajar menjadi lebih baik.”

Itu jawapan jujur pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, apabila ditegur segelintir netizen berhubung penampilannya yang dianggap terlalu seksi dan tidak sepadan dengan imej individu yang sudah beberapa kali menunaikan ibadah umrah.

Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, urusan ibadah adalah hal peribadi antara dirinya dan Allah, dan bukan untuk dipertontonkan atau dijadikan ukuran kepada akhlaknya.

“Komen sebegitu adalah sesuatu yang saya kena hadap. Urusan sudah pergi umrah atau belum, saya fikir itu hubungan peribadi saya dan Allah. Bab itu saya tidak boleh komen banyak.

“Cuma saya faham mengapa orang lontarkan komen tentang pakaian dan sebagainya. Tiada apa yang saya nak cakap selain daripada saya hanya menjadi diri saya dan sentiasa cuba untuk berubah pada masa yang tepat,” katanya kepada MYBERITA ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), semalam.

Pelantun lagu Penat itu berkata, dia menghargai setiap teguran yang diberikan dan tetap terbuka untuk memperbaiki diri selagi bergelar anak seni.

“Saya fikir, komen sebegitu adalah sesuatu yang perlu saya terima sepanjang bergelar anak seni.

“Namun, saya masih dalam proses cuba memperbaiki diri. Jadi segala nasihat, teguran atau komen orang ramai saya terima.

“Daripada pihak saya, saya akan lakukan yang terbaik. Mungkin esok, lusa saya akan cuba sesuatu yang baru. Kita tidak tahu? Jadi saya terima sahaja apa yang diberikan dan perlu cepat beradaptasi sebagai anak seni,” jelasnya.

Daiyan turut menegaskan bahawa dia bukanlah insan yang sempurna, namun sentiasa cuba mengekalkan pemikiran yang positif serta fokus terhadap penambahbaikan diri dalam semua aspek termasuk penampilan dan akhlak.

BACA JUGA:  Industri halal jadi tarikan pelancong, pacu ekonomi Malaysia - Armizan

“Saya memang seorang yang positif, beginilah saya.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik daripada segi pemakaian, akhlak dan apa jua sekalipun,” tambahnya.

Sebelum ini, nama Daiyan menjadi bualan hangat di media sosial apabila satu video di TikTok memaparkan dirinya bersama rakan artis seperti Sophia Liyana, Yaya Zahir dan Azira Shafinaz menari mengikut trend dalam sebuah bilik air tular.

Tindakan itu mengundang kritikan kerana dianggap tidak sesuai dengan statusnya sebagai selebriti yang pernah menunaikan umrah beberapa kali.

Dalam perkembangan lain, Daiyan tercalon dalam dua kategori utama AMT 2025 iaitu Selebriti Feminin Terhangat dan Selebriti Stylo Terhangat.

Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 dijadual berlangsung pada 3 Ogos ini, pukul 9 malam, bertempat di Dewan Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...