Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASAAaron-Wooi Yik bertekad tewaskan beregu Jepun dalam pertemuan akan datang

Aaron-Wooi Yik bertekad tewaskan beregu Jepun dalam pertemuan akan datang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kekalahan tipis 21-12, 20-22, 21-23 pada aksi Piala Sudirman minggu lalu di Xiamen masih menghantui pasangan utama negara itu, terutamanya selepas mereka diletakkan harapan untuk menyumbang mata penting kepada skuad Malaysia, yang akhirnya tewas 2-3.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Aaron mengakui mereka menunjukkan peningkatan dalam permainan, namun gagal menamatkan aksi pada mata-mata kritikal.

“Kami dah main dengan betul, bukan mustahil untuk menang. Cuma bila sampai mata penting, tak dapat nak ‘convert’. Mungkin faktor nasib juga,” katanya.

Aaron turut mengakui tekanan pertemuan itu bertambah apabila rekod pertemuan menunjukkan mereka hanya menang dua kali daripada 11 perlawanan menentang beregu Jepun tersebut.

“Kita dah banyak kali kalah dengan mereka, jadi bila lawan balik tu memang nak sangat menang. Tapi itu kadang-kadang jadi punca kita tertekan dan kalah.”

Kobayashi yang baru pulih daripada kecederaan lutut tetap memberi saingan hebat, namun Aaron memuji aksi konsisten pasangannya dan percaya mereka mempunyai peluang lebih baik dalam pertemuan seterusnya.

Beregu negara dijadualkan menyertai Terbuka Thailand dari 13 hingga 18 Mei, sebelum beraksi di kejohanan Masters Malaysia hujung bulan ini, yang turut menyaksikan penyertaan semula pasangan Hoki-Kobayashi.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menewaskan mereka nanti. Kami dah bersedia,” tambah Aaron dengan penuh semangat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN