KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Negara.
Menerusi ciapan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pertemuan tersebut diadakan sempena Mesyuarat Pra-Kabinet, yang menjadi rutin mingguan bagi Perdana Menteri mempersembahkan perkembangan pentadbiran kerajaan serta membincangkan urusan semasa negara bersama Seri Paduka Baginda.
Turut menjadi agenda dalam pertemuan pastinya perbincangan berkaitan isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan hala tuju dasar kerajaan dalam tempoh terdekat.
Mesyuarat Pra-Kabinet ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan Seri Paduka Baginda sentiasa dimaklumkan mengenai dasar dan pelaksanaan program kerajaan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.