Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAJENAYAHBayi dua bulan disyaki didera, ibu bapa direman tujuh hari

Bayi dua bulan disyaki didera, ibu bapa direman tujuh hari

- Advertisement -

ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri berusia 22 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan bayi lelaki mereka yang berusia dua bulan di Sungai Petai, Alor Gajah.

Perintah reman sehingga 13 Mei itu dikeluarkan oleh Hakim Haderiah Siri di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pasangan terbabit yang merupakan penganggur ditahan polis pada jam 6.30 petang semalam di hadapan Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak, Hospital Melaka, selepas doktor yang merawat bayi berkenaan membuat laporan polis apabila mengesan kecederaan baharu dan lama pada kepala bayi tersebut.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, bayi berkenaan dibawa ke Hospital Alor Gajah selepas dikatakan mengalami serangan sawan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

“Ibu bayi itu meninggalkan anaknya di Hospital Melaka, dan hasil pemeriksaan pakar menunjukkan terdapat kesan kecederaan serius yang dipercayai akibat penderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, manakala bayi terbabit kini menerima rawatan lanjut di hospital dan berada dalam pemerhatian rapi pihak perubatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN