Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASABukit Jalil kecoh, penyokong gagal kawal emosi selepas MU tewas

Bukit Jalil kecoh, penyokong gagal kawal emosi selepas MU tewas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perlawanan persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi dicemari dengan insiden provokasi dan perbalahan membabitkan segelintir penyokong kedua-dua pasukan.

Menerusi satu video yang tular di TikTok oleh pemilik akaun @fifty300, kelihatan beberapa penyokong bertikam lidah dan bertindak menyimbah air selepas tamat perlawanan yang menyaksikan ASEAN All-Stars menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi Piala Cabaran.

“Salam 1-0, tipikal rakyat Malaysia. Bahagian terakhir paling koyak,” tulis pemilik akaun itu dalam kapsyen video berkenaan yang mendapat perhatian ramai.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penyokong yang didakwa tidak beretika dan mencemarkan semangat kesukanan.

“Tidak perlu terlalu beremosi, kad pengenalan pun Malaysia, bukannya lahir di Manchester,” komen seorang pengguna bernama @asrapism.

“Terimalah kekalahan dengan hati terbuka,” tambah @zhuanPES.

Insiden ini menimbulkan persoalan mengenai tahap profesionalisme dan semangat kesukanan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, walaupun perlawanan tersebut hanya bersifat persahabatan.

@fifty300 salam 1-0, typical Malaysian 😮‍💨 *last part paling koyak* #asean #manchesterunited #AASMUN #MUTOUR25 #koyak ♬ original sound – QIB
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN