Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAEKSKLUSIFEyka Farhana kini isteri Akhyar Rashid

Eyka Farhana kini isteri Akhyar Rashid

- Advertisement -

AMPANG – Pelakon popular Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain sayap Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup pagi tadi.

Majlis penuh bermakna itu diadakan sekitar jam 10.12 pagi di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin berjumlah RM3,200 daripada Akhyar dalam majlis yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana namun indah.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial, Eyka kelihatan anggun mengenakan busana pengantin serba putih, manakala Akhyar tampil segak dalam persalinan baju Melayu sedondon.

Difahamkan, pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta hampir lima tahun dan bertunang pada 4 Ogos tahun lalu. Kisah cinta mereka mula dihidu peminat sekitar tahun 2020 apabila mereka beberapa kali dilihat keluar bersama dan bercuti ke destinasi romantik.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka berlangsung dalam masa terdekat, namun tarikh dan lokasi masih belum didedahkan kepada umum.

Tahniah diucapkan kepada Eyka dan Akhyar atas pernikahan mereka. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN