Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASALaluan Seafield ke Bandar Saujana Putra ditutup susulan kebakaran paip gas

Laluan Seafield ke Bandar Saujana Putra ditutup susulan kebakaran paip gas

- Advertisement -

PUTRA HEIGHTS – Laluan dari Seafield ke Bandar Saujana Putra ditutup sepenuhnya susulan kebakaran paip gas di Putra Heights berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

PLUS Malaysia dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa penutupan tersebut dilakukan atas faktor keselamatan.

“Pengguna yang menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuh Raya Elite menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

“Sementara itu, pengguna menghala ke utara perlu keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke lebuh raya melalui Plaza Tol Seafield,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, semua laluan masuk ke Lebuh Raya Elite menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup. Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelakkan kesesakan.

Kebakaran yang berlaku di Taman Puchong Perdana pagi tadi dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas, menyebabkan kebakaran sepanjang 500 meter. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor memaklumkan bahawa kerja-kerja pemindahan penduduk sedang giat dilakukan kerana insiden berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN