KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir yang melanda lapan negeri di seluruh negara sehingga jam 7 malam ini.
Dalam satu hantaran rasmi, MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk dijangka berlaku di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Antara kawasan terjejas termasuk, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak ( Hulu Perak, Terengganu: Besut dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh dan Bera), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang, Sabah (Kawasan pedalaman termasuk Nabawan).
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar berhati-hati, terutama mereka yang menjalankan aktiviti luar, serta mengikuti perkembangan cuaca semasa melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Amaran ini dikeluarkan bagi memberi amaran awal dan kesedaran kepada masyarakat tentang perubahan cuaca yang boleh membahayakan keselamatan.