Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASUKANSafawi Rasid sah sertai KL City, Vidakovic dilantik ketua jurulatih baharu

Safawi Rasid sah sertai KL City, Vidakovic dilantik ketua jurulatih baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mengesahkan kehadiran pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bagi memperkuatkan skuad The City Boys menjelang saingan Liga Super musim depan.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman sosial kelab, sekali gus mengesahkan penyertaan pemain berusia 29 tahun itu ke ibu kota sebagai sebahagian daripada perancangan besar pasukan menghadapi musim baharu yang dijadual bermula Ogos ini.

“Selamat datang ke Ibu Kota, Safawi Rasid,” kata kenyataan ringkas KL City.

Walaupun butiran penuh mengenai perpindahan tersebut tidak didedahkan, difahamkan Safawi hadir sebagai pemain pinjaman daripada JDT, sama seperti ketika beliau menyertai Terengganu FC (TFC) musim lalu.

Kemasukan Safawi dilihat sebagai satu langkah strategik oleh KL City dalam usaha mengukuhkan jentera serangan serta memperkasa barisan pemain tempatan dengan pengalaman dan ketajaman bekas pemain kebangsaan itu.

Dalam perkembangan lain, kelab ibu kota itu turut mengumumkan pelantikan pengendali import dari Serbia, Risto Vidakovic sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Miroslav Kuljanac yang meninggalkan pasukan hujung musim lalu.

“Satu babak baru bermula untuk The City Boys. Seorang jurulatih berpengalaman akan membawa kita ke hadapan.

Mari bina sesuatu yang hebat bersama-sama! Selamat datang ke Ibu Kota, Coach Risto Vidakovic!” kata KL City dalam satu lagi kenyataan.

Pelantikan Vidakovic sekali gus menamatkan spekulasi bahawa pihak pengurusan KL City berminat mendapatkan khidmat bekas legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang sebelum ini mengendalikan Sri Pahang FC.

Untuk rekod, Vidakovic bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Asia Tenggara dan Malaysia apabila pernah membimbing Melaka United pada musim 2022. Beliau turut mempunyai pengalaman luas di rantau ini dengan pernah mengemudi kelab seperti Ceres Negros (Filipina), PSS Sleman (Indonesia) dan Lion City Sailors (Singapura).

Dengan gabungan pengalaman Vidakovic serta kehadiran pemain berprofil tinggi seperti Safawi Rasid, KL City dilihat sedang membina kembali kekuatan mereka untuk kembali mencabar pasukan-pasukan utama dalam Liga Super musim hadapan.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN