Rabu, 24 Jun 2026
spot_img
HomeNasionalSuhu panas cecah 37 selsius di beberapa negeri

Suhu panas cecah 37 selsius di beberapa negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan beberapa daerah di Semenanjung mengalami cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga), dengan suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Amaran tersebut melibatkan negeri Perak iaitu di Larut & Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah; Kelantan pula di Machang dan Kuala Krai; manakala Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu.

Sementara itu, bagi negeri Sabah dan Sarawak, suhu maksimum harian dilaporkan adalah kurang daripada 35 darjah Celsius, menunjukkan keadaan cuaca lebih sederhana berbanding Semenanjung.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine