Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAEKSKLUSIFSyameer Azmi tamatkan zaman bujang dengan sekali lafaz

Syameer Azmi tamatkan zaman bujang dengan sekali lafaz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan personaliti media sosial, Syameer Azmi, 24, menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan pada Sabtu.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Syameer sendiri menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, @syameer_azmi.

Dalam hantaran tersebut, Syameer meluahkan rasa syukur dan berkongsi doa.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah menjadi isteriku. Terima kasih Ya Allah di atas kurnia ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke Syurgamu. Amin.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka.

“Terima kasih sahabat semua yang mendoakan kami. Hanya Allah yang mampu membalas segala baik budi kamu semua. Saya juga mendoakan semua.”

Syameer Azmi mula dikenali melalui platform TikTok dan membina kerjaya sebagai penyanyi serta influencer media sosial. Antara lagu popularnya termasuk “Alah Kantoi” yang menampilkan SHEE, serta lagu-lagu bertemakan perayaan seperti “Hey Raya” dan “Jom Raya”.

Peminat dan rakan-rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar perkahwinan pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

@syameer_azmi

Officially married 💍

♬ оригинальный звук – 𝟘𝟟𝟟

Tahniah diucapkan kepada Syameer Azmi dan pasangan atas perkahwinan mereka.

Iklan

1 COMMENT

Comments are closed.

ARTIKEL BERKAITAN