Rabu, 24 Jun 2026
spot_img
HomePendidikan Aiman Ikhwan pecah rekod 100m, lakar rekod baharu MSSM

[VIDEO] Aiman Ikhwan pecah rekod 100m, lakar rekod baharu MSSM

KANGAR – Pelari pecut Kedah, Aiman Ikhwan Yahya mencuri tumpuan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-65 di Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis, Selasa lalu selepas memecahkan rekod kebangsaan bawah 18 tahun dalam acara 100 meter (m).

Aiman, 17, mencatat masa 10.40 saat, sekali gus memperbaharui rekod lama 10.51 saat milik atlet Johor, Danish Iftikar Muhammad Roslee yang dilakukan pada edisi MSSM tahun lalu.

Aksi larian penuh bertenaga anak jati Kulim itu turut dirakam penyokong yang hadir sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular dan mendapat perhatian ramai.

Untuk rekod, pada MSSM 2024 ketika masih mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulim, Aiman hanya meraih pingat perak dalam acara sama. Kini, dengan bimbingan jurulatih pecut legenda negara, Mohd Poad Md Kassim di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah, SMK Tunku Anum, Kubang Pasu, Aiman berjaya melonjak ke tahap lebih tinggi.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Azrail bin Khaidzir, pencapaian tersebut membuktikan bakat besar yang dimiliki Aiman yang kini berada di landasan tepat untuk menyinar dalam sukan olahraga negara.

“Poad juga sebelum ini pernah melahirkan dua juara 100m Sukan SEA, iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen membanjiri ruang komen media sosial dengan ucapan tahniah dan rasa kagum terhadap pencapaian pelari muda itu.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine