Sindiket samun sasar golongan gay, lima pelajar IPT dicekup

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pendandan rambut, mendakwa telah menjadi mangsa jenayah ini. (Foto hiasan)


SERDANG – Lima pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan menggunakan taktik licik dengan menyasarkan individu homoseksual menerusi aplikasi janji temu sebelum menyamun mangsa dengan memindahkan wang ke dalam akaun bank mereka.
 
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pendandan rambut, mendakwa telah menjadi mangsa jenayah ini selepas berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi berkenaan.
 
“Mangsa bersetuju untuk bertemu suspek di rumah sewa mereka di kawasan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada 16 Mac lalu.
 
“Ketika berada di rumah tersebut, mangsa menyedari kehadiran dua lelaki lain yang tidak dikenali selepas keluar dari tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Anbalagan, mangsa kemudian diikat pada tangan dan kaki sebelum dipukul dengan kayu oleh salah seorang suspek.
 
“Telefon bimbit mangsa turut dirampas dan wang berjumlah RM67,000 telah dipindahkan ke dalam akaun rakan suspek.
 
“Suspek juga mengugut mangsa agar tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sebelum melepaskannya,” jelasnya.
 
Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 22 tahun, termasuk pemilik akaun yang menerima wang hasil jenayah tersebut.
 
“Hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah. Empat daripada mereka kini ditahan reman sehingga 21 Mac, manakala seorang lagi telah diberikan jaminan polis,” tambahnya.
 
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyimpan bahan lucah.
 
Siasatan awal turut mendedahkan tiga lagi kejadian serupa dengan modus operandi yang sama telah berlaku. Sehubungan itu, polis menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di talian 03-80742222.
BACA JUGA:  PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...