PRK DUN Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini​

TAPAH – Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada jam 8 pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, 18 pusat mengundi akan beroperasi hingga jam 6 petang, manakala Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada jam 4 petang.​

Seramai 31,281 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk memilih wakil rakyat baharu bagi kawasan tersebut. Penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Merdeka, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan sekitar jam 9 malam ini.​

Pada 22 April lalu, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah melaksanakan pengundian awal di dua pusat mengundi yang ditetapkan.​

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung. Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr. Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.​

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022, Ishsam Shahruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.​

BACA JUGA:  PRK DUN Ayer Kuning: Konstabel Azizie teruja \'first time\' undi awal
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...