Sri Pahang sah tarik diri daripada Liga Super musim 2025/2026

KUANTAN – Finalis Piala Malaysia, Sri Pahang FC, secara rasmi mengesahkan penarikan diri daripada saingan Liga Super musim 2025/2026 meskipun telah mendapat lesen kebangsaan daripada badan bebas First Instance Body (FIB).

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat rasmi bertarikh 16 Jun 2025 yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dengan perkenan Pengerusi Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan ini turut memberikan kebebasan kepada semua pemain untuk mencari pasukan baharu demi meneruskan karier mereka.

“Sri Pahang secara rasmi menarik diri dari saingan Liga Super musim 2025/2026. Pasukan turut memberi kebebasan kepada pemain untuk mencari pasukan baharu untuk meneruskan kesinambungan kerjaya mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Setakat ini, hanya pemain muda, Ibrahim Manusi telah mengesahkan masa depannya apabila menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala beberapa lagi tonggak utama Tok Gajah masih dalam proses rundingan bersama kelab lain.

Ketiadaan Sri Pahang menjadikan jumlah pasukan yang bertanding dalam Liga Super musim hadapan berkurang kepada hanya 13 pasukan, sekali gus mengubah landskap saingan tertinggi bola sepak negara.

Keputusan ini mengejutkan ramai peminat bola sepak tempatan, terutama selepas pencapaian membanggakan Sri Pahang mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini. Punca utama penarikan diri pasukan masih belum didedahkan secara rasmi.

BACA JUGA:  JDT terus gah, rangkul piala Malaysia dan sapu bersih semua gelaran
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...