Van sekolah terbalik lepas langgar lubang \’manhole\’, 16 pelajar, enam murid cedera

JOHOR BAHRU – Sekurang-kurangnya 22 penumpang sebuah van berdepan detik cemas apabila van sekolah yang mereka naiki terbalik selepas melanggar lubang utiliti atau manhole yang tidak bertutup di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru di sini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi itu, van berkenaan dipercayai hilang kawalan sebaik melanggar lubang tersebut sebelum terbalik di tengah jalan.

16 pelajar dan enam murid dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keadaan kesemua mangsa setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Menurut saksi kejadian, lubang manhole tersebut dipercayai tidak bertutup sejak beberapa hari lalu dan sering menjadi punca aduan pengguna jalan raya.

\”Setiap hari ramai pengguna elak lubang ni, tapi pagi-pagi macam ni mungkin pemandu tak perasan sebab keadaan masih gelap,\” kata seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan penduduk sekitar yang menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan infrastruktur jalan sentiasa terjaga.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis mahupun pihak berkuasa tempatan mengenai punca sebenar kejadian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap kegagalan menutup lubang manhole tersebut.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Pemandu bas ragut 15 nyawa didakwa esok, hadapi 16 pertuduhan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...