Kanak-kanak lelaki dua tahun maut jatuh dalam lubang pembentung

SIBU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada, di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.29 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan bahawa seorang kanak-kanak dipercayai telah terjatuh ke dalam lubang sistem pembentungan berhampiran laluan awam berkenaan.

Difahamkan, bapa mangsa terlebih dahulu menyedari kehilangan anak lelakinya dan mengesyaki mangsa mungkin terjatuh ke dalam lubang pembentung tersebut.

Pasukan penyelamat memulakan operasi pencarian pada jam 6.55 petang sebelum menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung di dalam sistem pembentungan kira-kira jam 7.00 malam.

“Mayat berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Kejadian tragis ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kemudahan awam serta keperluan pemantauan dan penyelenggaraan yang lebih ketat bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang.

BACA JUGA:  Jun Hao, Zii Jia rebut gelaran pemain nombor satu negara di pusingan pertama Terbuka Hong Kong
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...