Mawar Rashid sedondon raya bersama ‘someone special’ beri bayangan ada kekasih baru

KUALA LUMPUR – Selepas hampir empat tahun menjanda, pelakon popular Mawar Rashid memberi bayangan pintu hatinya kini kembali terbuka apabila berkongsi kehadiran seorang jejaka misteri dalam hidupnya.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, meluahkan keterujaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana yang berbeza, termasuk kemungkinan mengenakan pakaian sedondon bersama lelaki tersebut.

“Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon,” katanya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Kalis Kasih itu turut memuat naik swafoto bersama jejaka berkenaan. Namun, identiti lelaki tersebut masih dirahsiakan apabila wajahnya ditutup menggunakan emoji.

Selain itu, Mawar turut berkongsi sisi romantis lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai prihatin terhadap keadaan emosinya ketika berdepan tekanan kerja.

Menurutnya, lelaki tersebut pernah memberikan kejutan berupa jambangan bunga dan biskut kegemarannya sebagai tanda sokongan moral.

“Terima ini selepas saya beritahu dia saya ‘burn out’. Bunga dan biskut kegemaran saya, rasa sangat dihargai,” katanya menerusi InstaStory.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum pasangan itu sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Perkongsian terbaharu Mawar itu sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai identiti jejaka misteri yang kini berjaya menawan hatinya. – MYBERITA

BACA JUGA:  [VIDEO] Pelajar UniSZA maut dirempuh Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...