Lebih 8.6 juta penerima terima bayaran STR fasa 3 mulai esok

KUALA LUMPUR – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada lebih 8.6 juta rakyat Malaysia bermula esok, melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata setiap penerima layak akan menerima sehingga RM650, dengan jumlah penerima meningkat sekitar 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 yang dibayar Januari lalu.

Menurut beliau, peningkatan jumlah penerima ini hasil daripada usaha Kerajaan Madani membuka permohonan baharu serta rayuan sepanjang tahun, bagi memastikan bantuan disalurkan kepada semua golongan yang layak.

“Langkah ini membuktikan kerajaan serius melaksanakan amanah untuk menjaga kebajikan rakyat, supaya tiada yang terpinggir daripada menikmati hasil kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, STR bukan sekadar bantuan kewangan jangka pendek, malah menjadi pemangkin kepada penerima untuk meningkatkan kemampuan kewangan dan mengurangkan jurang kesaksamaan selaras dengan visi Ekonomi Madani.

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan secara berperingkat sama ada melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), mengikut kategori kelayakan penerima.

Bagi mereka yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, permohonan baharu perlu dibuat bagi membolehkan proses pengesahan dilakukan.

Maklumat lanjut mengenai soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan boleh diakses melalui Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Orang ramai juga diingatkan untuk berhati-hati terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

BACA JUGA:  Kerajaan selaras kuota BUDI95 kepada 200 liter mulai 1 April
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...