Naim Daniel tiba di mahkamah awal bagi prosiding kes amang seksual hari ini

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi sebutan semula kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, dipercayai tiba di perkarangan mahkamah sebelum jam 8 pagi.

Pada prosiding 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Berdasarkan pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu, kira-kira jam 8.56 malam di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala pihak pembelaan diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi.

Terdahulu, pada 3 Jun lalu, Naim dilaporkan ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan di sebuah hotel di Selangor, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

BACA JUGA:  Tak pernah nyanyi lagu tradisional, tapi tengok Ray-D macam \'dah pro\'
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...