[VIDEO] Polis tahan pemandu van 59 tahun turunkan pelajar dalam kenderaan bergerak

KAJANG – Polis menahan seorang pemandu van sekolah selepas tular rakaman video memaparkan tindakannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah dalam keadaan kenderaan masih bergerak sehingga membahayakan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berdurasi singkat itu dikesan tular di akaun Facebook Malaysia Baru New semalam sekitar pukul 5.43 petang.

“Hasil semakan mendapati van berkenaan dalam keadaan bergerak ketika menurunkan serta mengambil dua pelajar sekolah. Tindakan itu bukan sahaja mengundang risiko terhadap keselamatan pelajar, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut beliau, susulan tindakan berbahaya itu, polis berjaya mengesan serta menahan pemandu van terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Naazron dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

BACA JUGA:  Polis siasat video tular kenderaan persendirian guna lampu biru, siren di MEX
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...