USM Falcons terbang tinggi, cipta sejarah juara bola tampar Penang Close 2025

NIBONG TEBAL – Pasukan bola tampar Universiti Sains Malaysia (USM) Falcons melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjulang kejuaraan Penang Close 2025 buat pertama kali selepas menewaskan Black Horse dalam aksi final mendebarkan di sini, hari ini.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu menyaksikan Falcons menamatkan saingan dengan kemenangan straight set 25-23, 25-20, hasil permainan berdisiplin dan kerjasama padu antara pemain.

Menurut jurulatih pasukan, Dr. Azam Taufik, kejayaan itu adalah manifestasi semangat juang tinggi serta keyakinan sesama pemain sepanjang kejohanan.

“Saya amat bangga dengan mereka. Setiap latihan, setiap kesilapan yang diperbaiki akhirnya membuahkan hasil. Kemenangan ini bukan hanya tentang mata, tapi tentang semangat dan kebersamaan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan tersebut membuka lembaran baharu buat skuad Falcons dalam arena bola tampar negeri, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan universiti itu.

“Kami mahu terus maju dan menjadi contoh pasukan universiti yang kompetitif. Falcons akan terus terbang tinggi,” tambahnya.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan dominasi pasukan lawan dalam kejohanan tersebut dan menegaskan kehadiran USM Falcons sebagai kuasa baharu dalam arena bola tampar Pulau Pinang.

BACA JUGA:  Cheah Liek Hou genggam dua kejuaraan di Thailand
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...