Rogol dan cabul empat anak tiri, lelaki dipenjara 55 tahun, 44 sebatan

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 57 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 55 tahun dan 44 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 13 pertuduhan merogol dan mencabul empat anak tirinya sejak dua tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini ketika membacakan keputusan berkata, perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius yang membabitkan mangsa bawah umur dan wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran.

Menurut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan melakukan perbuatan itu secara berulang terhadap mangsa berusia antara enam hingga 11 tahun di sebuah rumah antara Disember 2023 hingga Ogos 2025.

Tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTK) 2017, dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, dengan sebahagiannya berjalan berasingan sehingga berjumlah 18 tahun, serta 12 sebatan. Di bawah Seksyen 16(1) akta sama, tertuduh turut dihukum 10 tahun penjara dan 10 sebatan.

Selain itu, tertuduh berdepan enam pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama. Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan, menjadikan keseluruhan 30 tahun, serta 12 sebatan.

Tertuduh juga dihukum 10 tahun penjara dan dua sebatan di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan atas satu pertuduhan rogol melibatkan mangsa berusia 11 tahun pada Mei lalu.

Namun, selepas mengambil kira pertuduhan yang diarah berjalan serentak, tempoh keseluruhan hukuman penjara yang perlu dijalani tertuduh adalah selama 55 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh tahanan serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas pembebasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wongn Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Pokok Sena untuk menjalani hukuman.

BACA JUGA:  Makan Nasi Kerabu RM44, tapi daging macam batu
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...