Khamis | 29/10/2026 | 12:15 am
HomeNasionalShamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PMX

Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PMX

-

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di aplikasi X, Shamsul Iskandar memaklumkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini. Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Peletakan jawatan ini menandakan berakhirnya khidmat Shamsul Iskandar di pejabat Perdana Menteri, selepas memainkan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan sejak dilantik.

Must Read

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

0
IPOH - Selepas hampir tiga tahun menanti keputusan mahkamah, keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akhirnya menyaksikan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun itu.