Anwar lancar buku baru esok, kupas isu keadilan dan cabaran zaman pascanormal

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan buku terbaharunya berjudul Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times esok, seperti dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, karya tersebut diharap menjadi wadah renungan yang lebih jujur dan mendalam mengenai realiti semasa yang sedang diharungi masyarakat, khususnya dalam era pascanormal yang penuh ketidaktentuan.

“Moga naskhah ini membuka ruang renungan yang lebih jujur dan mendalam tentang realiti yang sedang kita harungi, sebuah zaman yang menuntut keberanian untuk memperbaiki kekhilafan, kebijaksanaan untuk memahami dan keinsafan untuk berubah.

“Semoga ia mengilhamkan kita untuk merangkul perubahan yang bermakna demi membina masa depan yang lebih adil, berperikemanusiaan dan teguh nilai etikanya,” katanya.

Buku berkenaan turut menghimpunkan gagasan pemikiran serta refleksi peribadi Anwar mengenai keadilan sosial, agenda reformasi dan cabaran masyarakat dalam mendepani dunia pascanormal yang semakin kompleks. Karya itu dijangka menjadi antara rujukan penting dalam memahami pendekatan kepimpinan dan idealisme beliau terhadap masa depan negara.

BACA JUGA:  \"Saya reda dan halalkan susu yang saya bagi pada dia\"; - Ibu Aisar
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...