DUKES dituduh ‘ciplak’ Beetlebum, akui ada sama, tapi tak pernah tiru

KUALA LUMPUR – Kumpulan indie alternatif yang semakin meningkat naik, DUKES, tampil menjelaskan isu persamaan antara single terbaharu mereka, Bila Kau Datang Menangis, dengan lagu Beetlebum daripada kumpulan British terkenal, Blur.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan yang dianggotai lima anak muda dari Kuala Lumpur itu mengakui bahawa muzik mereka sememangnya dipengaruhi era Britpop, namun menegaskan dakwaan mengatakan mereka meniru karya berkenaan adalah tidak berasas.

DUKES, yang bermula sebagai kumpulan universiti dengan kecenderungan bereksperimen dengan elemen Britpop, kini semakin kukuh dalam landskap muzik tempatan. Single terbaharu mereka hadir bersama sebuah muzik video yang menonjol dengan gaya visual tersendiri dan sarat emosi, sekaligus menarik perhatian peminat serta pemerhati muzik.

Bagaimanapun, di sebalik penerimaan positif, lagu tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam komuniti indie. Sesetengah pendengar mendakwa terdapat persamaan ketara antara kedua-dua lagu khususnya pada bahagian struktur kord awal, alunan melodi dan suasana keseluruhan yang dikatakan mengingatkan mereka kepada Beetlebum yang diterbitkan pada 1997.

Di ruangan komen dan forum muzik, perbincangan itu semakin hangat apabila ramai pengguna media sosial membandingkan kedua-dua karya.

Menjawab dakwaan tersebut, wakil DUKES berkata pengaruh Britpop dalam muzik mereka bukanlah perkara baharu, justeru persamaan tertentu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Baru-baru ini ramai kata lagu kami Bila Kau Datang Menangis bunyi macam Beetlebum. Kami mengaku memang ada sedikit persamaan pada satu bahagian korus, sebenarnya cuma baris pertama itu sahaja,” jelas mereka.

“Tapi masalahnya bila orang mula kata kami ‘curi’ atau ‘tiru’. Sebenarnya bukan begitu. Masa saya tulis lagu ini di Universiti Malaya pada Ogos 2024, saya tidak pernah pun dengar Beetlebum.”

Menurut DUKES, meskipun mereka mengenali Blur sebagai kumpulan legenda era Britpop, tidak adil untuk menganggap setiap pemuzik muda mengetahui keseluruhan katalog muzik mereka.

BACA JUGA:  PAU 2025 ditangguh ke November, beri laluan PRN Sabah - Asyraf Wajdi

“Kalau orang cakap kami tiru Song 2, itu lain cerita sebab lagu itu memang popular. Mana boleh harapkan seorang budak Kuala Lumpur tahu lagu Beetlebum. Kalau awak dari Manchester, mungkin ya.”

Jelas mereka lagi, karya itu dihasilkan dengan jujur dan tanpa sebarang niat meniru, dan berharap pendengar dapat menilai muzik mereka berdasarkan kreativiti serta interpretasi sendiri.

DUKES terus optimis meneruskan perjalanan seni mereka dan percaya perbincangan seperti ini sebahagian daripada proses yang mematangkan industri indie tempatan.

Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...