JPJ laksana ‘road ban’ kenderaan barangan sempena raya Cina

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan larangan pemanduan atau road ban ke atas kenderaan barangan dan berat sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 14 hingga 15 serta 21 hingga 22 Februari ini.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata langkah berkenaan bertujuan mengurangkan risiko kemalangan selain memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, larangan pergerakan itu dikenakan terhadap kenderaan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori 1, Kategori 2 dan Kategori 3, dengan tempoh sekatan yang berbeza.

“Bagi Kategori 1, larangan dikenakan sepanjang masa pada tarikh terlibat. Kategori ini membabitkan lori pembawa dan lori jongket berat dengan muatan melebihi 7,500 kilogram (kg), lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak serta jentera berat beroda.

“Bagaimanapun, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi operasi kecemasan serta menyelamat dikecualikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara kenderaan di bawah Kategori 1 termasuk lori pengangkut barangan seperti simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan lain, amang, bijih timah, aras batu serta bahan galian lain.

Sementara itu, Kategori 2 dikenakan larangan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam, membabitkan lori kontena yang mengangkut barangan, kecuali lori dari pelabuhan atau lapangan terbang yang menghantar barangan ke kawasan perindustrian dalam negeri.

“Kategori ini turut meliputi lori membawa muatan kelapa, susu getah serta lori tanpa muatan,” katanya.

Bagi Kategori 3 pula, larangan dikenakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi, melibatkan kenderaan pembinaan seperti kren bergerak dan lori pembancuh simen, namun diberikan pengecualian bagi kerja-kerja kecemasan.

Datuk Aedy Fadly turut memaklumkan bahawa mana-mana kenderaan barangan atau jenis muatan yang tidak disenaraikan dalam jadual larangan adalah dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.

BACA JUGA:  2.5 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang sempena Aidiladha

JPJ menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan bersama dan kelancaran perjalanan sempena musim perayaan.

Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...