PM Anwar seru tiga penyampai Era jadi ejen perkukuh perpaduan

Anwar bersama tiga penyampai radio Era FM semasa Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media, semalam. (Foto X Anwar Ibrahim)


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan tiga penyampai radio ERA FM agar membantu pihak kerajaan menjadi ejen perpaduan dalam kalangan rakyat, selain menoktahkan isu yang berlaku sebelum ini.
 
Menurut Anwar, media mempunyai peranan penting dalam mengangkat martabat dan nama negara ke tahap lebih tinggi, sekali gus menjadi medium penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat.
 
\”Saya meminta mereka membantu Kerajaan MADANI menjadi ejen perpaduan selain menoktahkan isu yang berlaku sebelum ini,\” katanya.
 
\”Saya percaya media punyai peranan penting dalam mengangkat martabat dan nama negara ke tahap lebih tinggi,\” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meraikan rakan-rakan pengamal media daripada pelbagai agensi pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam.
 
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut bertemu serta menyampaikan sumbangan kepada pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan.
 
Beliau juga meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan serta pengurusan tertinggi pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.
 
\”Terima kasih kepada rakan-rakan serta pelbagai pihak yang bekerjasama menjayakan majlis pada malam ini,\” katanya lagi.
 
Sebelum ini, MYBERITA melaporkan bahawa stesen radio ERA FM dikenakan kompaun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas kandungan siaran yang menyentuh sensitiviti perkauman.
 
Rata-rata warganet bersetuju bahawa peranan media dalam memperkukuh perpaduan amat penting, lebih-lebih lagi dalam suasana negara yang berbilang kaum.
 
\”Baguslah jika penyampai radio diberi tanggungjawab mendidik pendengar agar lebih memahami konsep perpaduan dan keharmonian.\”, tulis seorang pengguna Facebook.
 
\”Semoga radio dan media lebih berhati-hati dalam penyiaran kandungan. Perpaduan rakyat perlu diutamakan.\”, tulis seorang pengguna di platform X.
BACA JUGA:  Fattah terharu Biduanita Negara komen tentang hubungannya dengan Amira
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...