Jumaat, Jun 19, 2026
spot_img
HomeNASIONALProgram pemerkasaan ODS Mantin catat sumbangan RM106,450 buat keluarga sambut Aidilfitri

Program pemerkasaan ODS Mantin catat sumbangan RM106,450 buat keluarga sambut Aidilfitri

SEREMBAN – Sejumlah RM106,450 berjaya disumbangkan oleh Orang Diselia (ODS) menerusi Program Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin kepada keluarga mereka sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Ahmad Mustaqim Che Bisi berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya di mana RM27,000 berjaya dikumpulkan hasil pendapatan ODS yang bekerja di sektor perkilangan.

\"6\"
PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi, Pengarah Penjara Negeri Sembilan

Tambahnya, seramai 480 penghuni dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (DPRP) Mantin telah berjaya ditempatkan dalam sektor pekerjaan di seluruh Negeri Sembilan. 

Gaji minimum bagi mereka juga telah dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700, selaras dengan usaha untuk meningkatkan kebajikan dan taraf hidup mereka.

\”Setakat ini, tujuh syarikat telah menggaji ODS di sektor perkilangan, manakala secara keseluruhan, terdapat 78 syarikat yang terlibat dalam memberikan peluang pekerjaan kepada ODS, ODP (Orang Diparol) dan OBB (Orang Bebas Bersyarat) di negeri ini,\” katanya kepada MYBERITA.

Bagi memastikan kesinambungan program selepas tempoh hukuman berakhir, Yayasan Negeri Sembilan telah menyediakan penempatan khas di sekitar Seremban yang membolehkan bekas penghuni meneruskan pekerjaan mereka tanpa perlu kembali ke kehidupan lama.

Dalam masa yang sama, terdapat juga peluang pekerjaan dalam sektor perladangan, terutamanya bagi ODP dan individu yang telah dibebaskan sepenuhnya. Penempatan mereka kini tertumpu di beberapa daerah seperti Jempol, Tampin dan Seremban.

\”Harapan kami adalah untuk memastikan mereka dapat memulakan kehidupan baharu dengan lebih baik, termasuk berpeluang membina keluarga dan mengelakkan diri daripada kembali ke kancah jenayah,\” tambahnya.

PRP Mantin yang bermula pada tahun 2021 menyasarkan ODS yang ditempatkan dapat menjalani program latihan kerjaya di industri. Buat masa ini, PRP berkenaan telah mencapai 100% penghuninya berjaya ditempatkan di sektor pekerjaan, hasil usahasama daripada kerjasama kerajaan Negeri serta agensi dibawah antaranya Yayasan Negeri Sembilan, NS Invest, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan serta PERKESO Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img