Syafeek Ikhwan reda tersingkir awal, luah kecewa hampa harapan peminat

SHAH ALAM – Perjalanan penyanyi Syafeek Ikhwan dalam pertandingan realiti Big Stage Alpha berakhir apabila beliau diumumkan tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya pada konsert minggu pertama yang berlangsung malam Ahad lalu.

Penyanyi berusia 37 tahun itu menyatakan rasa sedih dan kecewanya atas penyingkiran awal tersebut, namun tetap akur serta reda dengan keputusan yang dibuat pihak juri.

“Saya mulakan karier dalam pertandingan besar pada 2015. Lebih kurang 10 tahun, tetapi masih tak naik-naik nama Syafeek Ikhwan ini,” luahnya kepada media.

Menerusi satu kenyataan, Syafeek turut mengakui bahawa dirinya sempat terfikir sama ada beliau memang ditakdirkan untuk tidak dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kegagalan kali ini bukan titik noktah buat karier seninya.

“Saya sejenis orang yang tidak mahu mengalah. Perasaan sedih itu ada, tetapi bila difikirkan semula, apa yang saya dapat kalau saya berhenti menyanyi?”

Apa yang lebih menyentuh perasaan, menurut Syafeek, ialah melihat usaha peminat yang datang memberi sokongan walaupun beliau akhirnya tersingkir seawal minggu pertama.

“Saya tengok peminat yang bersusah payah datang, siap tempah baju dan bawa sepanduk. Saya rasa kenapa saya perlu susahkan mereka sedangkan tak ada apa-apa hasil untuk saya berikan kepada mereka.”

“Saya kecewa bukan kerana tersingkir, tetapi lebih kepada sudah menghampakan sokongan diberikan peminat,” katanya dengan nada sebak.

Syafeek turut berkongsi bahawa latar belakang hidupnya yang serba kekurangan menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.

“Saya lahir dalam keluarga susah, pernah disisihkan kawan-kawan sebab saya bukan anak orang kaya. Ibu saya selalu pesan, kalau jatuh sekali, bangun 10 kali. Itu yang saya pegang sampai sekarang,” jelasnya.

Selain Syafeek, lima lagi peserta turut diumumkan tersingkir pada minggu pertama iaitu Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.

BACA JUGA:  Durian King TTDI kembali beroperasi lepas 14 bulan ditutup

Seramai 18 peserta bersaing dalam Big Stage Alpha yang menampilkan Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini sebagai juri tetap, manakala Krisdayanti hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Program hiburan popular itu dikendalikan oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose, bersiaran langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...